Cara Mudah Format Peranti Android

11:20:00 PG
Cara Mudah Format Peranti Android. Jimatkan duit sahabat daripada melakukan format peranti secara berbayar. Lakukan sahaja sendiri tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Saya cuba untuk memberi panduan yang mudah untuk sahabat ikuti. Usah bimbang, percayakan diri sendiri.

Jika peranti Android sahabat masih boleh di on, proses format boleh dilakukan dengan amat mudah sekali. Jika sudah tidak dapat di on, maka perlu dilakukan dengan menekan button tertentu. Namun, perkongsian kali ini adalah untuk peranti yang masih boleh di on dan berfungsi dengan baik.

Apabila keadaan smartphone sahabat sudah tidak seperti dahulu dan terdapat pelbagai masalah, pasti rasa ingin mengembalikan kepada keadaan asal dan reset kan? Cuba lakukannya sendiri dahulu dan jika berhasil, selamat RM20-RM50 jika dibaiki di kedai.

Bagi yang ingin mencubanya, silakan ikuti langkah di bawah:

CARA MUDAH FORMAT PERANTI ANDROID


1. Pergi ke Setting > Backup and Reset.
2. Backup data sahabat ke Gmail terlebih dahulu sebelum factory reset.
Cara Mudah Format Peranti Android
Backup data aplikasi, password wifi, contacts dan lain-lain ke Gmail terlebih dahulu.

3. Selesai backup, tap pada Factory data reset.
Cara Mudah Format Peranti Android
Tick pada Erase all jika ingin memadam semua fail di dalam internal storage seperti gambar, muzik dan video.

4. Tap pada Reset Phone dan ikuti langkah yang dikehendaki. Proses format akan berjalan. Siap.

Demikian Tips Android Terbaik Cara Mudah Format Peranti Android. Semoga bermanfaat.

Seorang penulis blog yang gemar berkongsi apa yang diketahui. Suka bersoal jawab dan berdiskusi perkara berkaitan teknologi dan gadjet terkini. - OMyDroid

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

2 comment

Write comment
23 Disember 2015 4:01 PTG delete

Sama-sama. Sila kunjungi lagi untuk tips-tip akan datang :)

Reply
avatar

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon