Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

8:47:00 PTG
Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android). Bukan semua peranti Android dibekalkan dengan saiz memori dalaman yang besar dan mampu memuat-turun pelbagai aplikasi ke dalam peranti. Ada yang sekadar 4 GB dan 8 GB sahaja.

Masalah ini menyukarkan sahabat untuk download aplikasi bagi mengukur tahap kelajuan internet ke dalam peranti. Mungkin keluar notification, ruangan memori tidak mengcukupi untuk memuat-turun aplikasi. Runsing bukan?

Sebenarnya, kita boleh mengukur kelajuan internet tanpa menggunakan sebarang aplikasi dari Play Store, cukup sekadar menggunakan pelayar internet sedia ada yang berada di dalam smartphone anda. Caranya mudah sahaja, buka laman web ini: SpeedOf.Me menggunakan smartphone anda.

Ikuti langkah mudah di bawah:

1. Tap pada Start test dan tunggu proses berjalan.

Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

2. Ukuran speed akan tertera seperti di bawah. Mudah bukan? 

Ukur Kelajuan Internet Tanpa Aplikasi (Android)

Semoga dengan artikel yang dikongsikan dapat memudahkan sahabat bagi mengukur kelajuan internet di peranti Android. Guna sahaja browser lebih mudah dan fleksibel. Silakan share tip mudah ini kepada rakan-rakan :)

Artikel Terkait

Previous
Next Post »

Terima kasih memberi komen di laman OMyDroid. Sila kunjungi lagi :) EmoticonEmoticon